"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Sunday, August 21, 2011

BUMI PERSINGGAHAN!!!

Allah Ta’ala berfirman pada Hari Kiamat: “Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan-Nya sahaja.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga. (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)


Bumi persinggahan... INTEC~
Di saat aku melangkah ke sebuah bumi persinggahan baru sebelum 
meneruskan perjalanan ke bumi anbiya', hatiku terasa berat dan muncul
banyak persoalan dalam benak dadaku... apabila aku mengetahui yang 
tempat ini penuh dengan mereka yang geliga otaknya, aku berasa
 tersangat kerdil... Namun, aku tetap menguatkan diriku untuk menempuh 
onak duri dan manis coklat yang bakal menanti di hadapanku...




Lilin- lilin kami.... Lecturer-lecturer yang sporting~
Mereka merupakan lilin yang menerangi hidup kami... Tanpa mereka,
siapalah kami.... Terima kasih banyak-banyak kepada ustaz ab halim, miss
hanie, miss sufia, madam fatma, madam hajar, madam mimi sophia, 
ustazah nabilah, ustaz affuan, madam mudiana dan bonda kami madam 
umiatun... Mereka semua friendly, sporting dan terbaeekkk... Keringat
yang kau titiskan dan tinta yang kau bazirkan tidak akan kami lupa...


My fellow friends.... MEG 7~
Buat semua sahabat yang ku sayangi kerana Allah... ingatlah bahawa 
suatu masa dulu kita pernah bernaung di bawah satu bumbung yang 
sama iaitu MEG 7... Kenangan manis dan pahit kita lakar bersama... 
Walaupun kita berasal dari dunia yang berbeza dan tidak saling mengenali
pada dasarnya, kini kita bagaikan keluarga yang hatinya sentiasa bersatu..
Walaupun berbagai ombak menimpa, kita bersama menjadi benteng 
yang kukuh... Banyak kisah yang dirakamkan bersama di pentas MEG 7,
semuanya penuh senyuman dan gelak ketawa...



Terima kasih ku ucapkan kepada semua sahabat handai ku... kepada 
sahabat kaum Adam... ikram, kimi, nasyraf dan ilham... kamu semua
telah mewarnai hidup ku... kita ibarat adik-beradik yang sentiasa bersama
ketika senang dan susah... tidak lupa juga kepada sahabat kaum Hawa...
syasa, shazzreen, adilah, syimah, ajmal, abidah, sera, amirah, hajar, ct ice,
wanie, ika, uswah, one, aima dan aina.... kamu semua telah menceriakan 
hidup ku... kita juga ibarat adik-beradik yang sentiasa berkongsi suka 
dan duka... Maafkan segala kekhilafan ku kerana diri ini hanya lah 
seorang manusia biasa yang penuh dengan kesilapan... Andai esok aku
pergi tanpa khabar, iringlah permegianku dengan kalungan doa kalian...
Agar permegiannku tenang dengan terpatrinya kenangan kita bersama...


Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang akan ke Jordan...
mirul, yus dan taufiq... semoga kita dapat bertemu kembali....


Kadang-kadang, aturan Allah itu tidak pernah terduga oleh perancangan
 manusia... Sesukar mana pun penterjemahan itu diperlukan untuk 
merungkai sebuah kepastian, adalah lebih tenang jika segalanya
 disingkap dengan keredhaan perhambaan seorang khalifah... Ingatlah 
bahawa pertemuan dan perpisahan kita adalah perancangan-Nya...
Walaupun kita jauh pada zahirnya... hati kita tetap bersama dengan
simpulan tali ukhuwah kerana Allah...

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!! 

Thursday, July 28, 2011

MY FIRST ARTICLE AT I LUV ISLAM!!!

Alhamdulillah!!! Artikel pertama syuk dah disiarkan di 
http://www.iluvislam.com... Insyaalllah jika diizinkan, syuk akan
kongsikan artikel-artikel yang lain...

alt

Artikel asal syuk ambik daripada salah satu post syuk, "LA TAHZAN...
INNALLAHAMAANA... TERUSKAN PERJUANGAN"

Setelah diedit oleh salah seorang editor i luv islam Fira Fahmi, artikel syuk 
disiarkan di laman tersebut yang bertajuk INNALLAHAMAAKUM...

Friday, July 22, 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN!!!!


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... ianya tidak boleh dipisahkan
seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan...
kadang-kadang pertemuan yang tidak kita inginkan ternyata memberi
bekas yang menyenangkan hati... kadang-kadang pula pertemuan yang
kita harapkan ternyata menambah luka... tiada apa yang kekal
di dunia ini...

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan
berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan... tetapi
ketahuilah bahawa kemanisan berukhuwah lahir daripada kepahitan
perpisahan... tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah
kemanisan berukhuwah... kesedihan yang kita rasakan boleh
menaikkan darjat kita di sisi-Nya...

Jika kita tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan seseorang,
jangan pernah langsung terpikir untuk berkenalan dengannya...
Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan
itu akan membawa kita kepada penghujungnya iaitu perpisahan...
andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan
semula... andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh
bermakna dan memberi erti yang nyata...


Mengapa mesti ada perpisahan jika pertemuan itu mendamaikan...
mengapa mesti ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan...
mengapa mesti ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan...
pertemuan denganmu amat membahagiakanku... pertemuan itu amat
menggembirakanku... kehadiranmu memberi seribu satu makna...
namun sayang seribu kali sayang... kini jiwaku mati...
mimpiku ternoktah disini... di kala engaku tiada disisi... air mata
gugur membasahi pipi... kerana sayang itu tetap bersemi... menemani hari
menyulam hati... walau tidak lagi kau sirami... pertemuan hakiki di syurga
firdausi.... hidup bahagia kekal abadi...

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan
akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika
fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan 
tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat
semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi
lebih bermakna...

Ingatlah bahawa sesungguhnya jasad kita sahaja berpisah tetapi hati kita 
tetap bersatu dan tersimpul erat dengan tali ukhuwah kerana-Nya... 
relakanlah perpisahan ini agar hati ini tenang meninggalkanmu...
andai ini pertemuan kita yang terakhir, iringilah pemergianku dengan 
kalungan doamu... semoga kita bertemu selamanya di syurga firdausi...

Tuesday, May 3, 2011

WARKAH WIDA' BUATMU AKHI!


Bismillahhirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Ini bukanlah surat cinta, mahupun kad hari lahir, apatah lagi laporan
kerja... ini hanyalah suatu luahan maya yang ditujukan khas buat
adikku yang dikasihi kerana Allah... tanda ingatan dan pesanan
daripada seorang abang buat adiknya... juga tanda sayangnya
seorang abang kepada adiknya... "Sesungguhnya wajiblah cinta-Ku
bagi orang yang berkasih sayang kerana-Ku"

Ku biarkan tangan menaip... meluahkan hasrat di kalbu... tiada metafora, 
hiperbola mahupun personafikasi... segalanya tulus daripada lubuk hati... 
segalanya tentang masa silam, masa kini dan masa hadapan... moga
dengan ini terubatlah segala perasaan di jiwa kerana abg telah pun
 sedaya upaya untuk tidak melukai hatimu... mungkin sudah suratan
takdir hidupku... kasih ukhuwah fillah ini sudah lama terjalin...
namun ianya berderai bagaikan kaca dalam sekelip mata...
 maafkanlah diri ini...

Buat adikku yang dikasihi kerana Allah... sebelum abg meneruskan luahan
hati kerdil ini, izinkanlah abg memberi secangkir amanat untukmu...
mungkin inilah yang terakhir yang mampu abg berikan...
Dik... andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya... andai
perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik
padanya... tapi hakikat perjuangan bukan begitu... turun naiknya,
sakit pedihnya... umpama kepahitan yang tidak terhingga... andai rebah,
bangkitlah semula... andai terluka, ingatlah janji-Nya...
Dik... katakanlah walaupun pahit kerana mungkin kata-kata itu dapat
memberikan kemanisan kepada orang laen...
Dik... jangan mengharap sesuatu yang luar biasa sekiramya kita sering
melakukan sesuatu dengan biasa...
Dik... kalau tidak mampu menerima beban, jangan sampai menjadi
beban kepada orang lain...
 Dik... sekiranya ada orang yang melempar batu ke arah kita, balaslah
dia dengan sekuntum bunga...
Buat kali terakhirnya dik... gantunglah hatimu setinggi langit dan
rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan...
Semoga amanat ini dapat menjadi panduan hidupmu, dik...

Dik... abg rasa semuanya... tika itu, detik itu, saat itu, minit itu, jam itu dan
juga hari tu... terasa jauh sekali... bagaikan ada tembok penghalang lutsinar
antara kita... kenapa dik? malu hendak berukhuwah kerana Allah? takut
berada di jalan yang benar dan diredhai? lemah dengan ejekan dan fitnah
manusia? astaghfirullahhalazim!!! kenapa perlu begitu dik? jika antara kita
ada tembok yang memisahkan, marilah kita bersama-sama meleraikannya
segera... jika pernah hatimu terluka keranaku, luahkanlah agar abg mampu
berubah... janganlah sampai tertanam benih-benih kebencian dalam dasar
hatimu, dik... maafkanlah diri ini kerana abg juga insan yang lemah dan
penuh dengan kesilapan...

Abg dapat rasakan telah kurangnya manis dalam bicaramu... kurangnya
madu kemesraan dalam tawamu... kurangnya bunga ceria dalam
gurauanmu... semuanya hambar dan tidak seperti dulu... mana adik abg
yang duluuuuu? sesungguhnya abg sangat merinduinya...

Akhir kalam... terima kasih atas segala-galanya... perjalanan kita masih jauh
dik... jalanan berliku dan penuh onak duri harus kita tempuh... semoga
kenangan semalam menjadi azimat penguat semangat untuk menempuh
masa hadapan... selepas ini kita akan membawa diri masing-masing...
semoga adik berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat... mungkinkah
kita akan bertemu lagi? andai mungkin, abg akan menanti dengan penuh
kesetiaan dan kerinduan... andai tidak, kita akan bertemu selamanya
di syurga firdausi... insyaallah!!! andai esok abg terlena tanpa jaga,
iringlah lena itu dengan kalungan doa darimu... sesungguhnya abg
sayangkanmu dik kerana Allah... sungguh!!!

"Ya Allah! hamba bersyukur ke hadrat-Mu kerana Engkau telah
mengurniakan daku seorang insan yang mewarnai hidupku... peliharalah
dan sayangilah dia agar dia sentiasa berada di jalan-Mu dan menjadi
orang yang berguna suatu hari nanti... Ya Allah! sesungguhnya Kau-lah
yang menjalinkan ikatan ukhuwah ini dan Kau sajalah yang
mampu memutuskannya" 

( ini hanyalah sekadar post... tidak ade kaitan dengan mereka yang masih
hidup mahupun yang sudah meninggal dunia... MUNGKIN~ hehehehe )

Thursday, April 21, 2011

JANGAN BERSEDIH YA AKHI!



Jangan bersedih ya akhi! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu
mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir
dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan
mensia-siakan kesempatanmu pada hari ini...

Jangan bersedih ya akhi! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat
hati menjadi kecut, hancur, wajah menjadi muram, semangat akan
padam, dan harapan akan menghilang....

Jangan bersedih ya akhi! Kesedihan hanya akan membuat musuh
gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki
 senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah....

Jangan bersedih ya akhi! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan
menentang qada', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap
lembut, dan benci terhadap nikmat...

Jangan bersedih ya akhi! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah
mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak
akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak
takdir, dan tidak mendatangkan manfaat....

Jangan bersedih ya akhi! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya daripada
syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan,
kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus
dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan...

JANGAN BERSEDIH YA AKHI! SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMAMU!

Wednesday, March 30, 2011

YANG LALU BIARLAH BERLALU!!!



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita
sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di
dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama
ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan
menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seaadanya. 

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan
dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam
penjara hati dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia
tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai
peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang
semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain.
Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya
memang sudah tiada.

Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah
bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi
tersebut. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan
tersebut berulang lagi??? Apakah kita mengharapkan matahari kembali
ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya dan air mata kembali ke dalam
kelopak mata padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali
air mata kita???

Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan keresahan.
Masa lalu tak ubahnya seperti api yang membakar dan melemparkan
diri ke api masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat
menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana
yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan.
Allah telah mengingatkan kita dengan umat masa lalu serta apa yang
 telah mereka perbuat. Semuanya telah berlalu dan tidak akab berulang
kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk
melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti
orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di
dalamnya. Ia juga sama seperti mengeluarkan semula mayat-mayat
dari kuburnya.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan
wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan,
air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu,
janganlah menyalahi sunnah dan hukum kehidupan...



Friday, March 18, 2011

JIWA KACAU!



Kenapa aku diuji???
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan???
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Apa yang aku dapat daripada semua ini???
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(Surah At-Taubat ayat 111)

Bagaimana aku harus menghadapinya???
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang bekebajikan)
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya kamu berjaya mencapai kemenangan)
(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Kepada siapa aku berharap???
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakal.
(Surah At-Taubat ayat 129)

Kenapa ujian seberat ini???
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Rasa frust???
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Imran ayat 139)

Aku dah tak tahan lagi!!!
.... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf ayat 12)

Saturday, February 26, 2011

BERSAMA SIAPA???



Lebih baik kita bersama orang yang sayang kita daripada bersama
orang yang kite sayang kerana kita boleh mula dan belajar untuk
menyayangi orang yang sayang kita tu tetapi orang yang kita sayang
tu tidak semestinya menyayangi diri kita... Kira bertepuk sebelah
tangan je la... Buat apa kita mengejar sesuatu yang sedang berlari
jauh daripada kita sedangkan ada benda yang sedang meluru ke
arah kita...Jangan sampai yang dikejar x dapat yang dikendong
berciciran... Tidak semestinya sesuatu yang kita suka tu baik untuk
 kita dan tidak semestinya sesuatu yang kita tidak suka itu tidak
baik untuk kita... Mungkin sebaliknya... Sesungguhnya Allah
lebih tahu... Fikir-fikirkan lah yek~

Saturday, February 19, 2011

PELANGI~



Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi....
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi.....
Bukan mudah memiliki mutiara kasih....
Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam....

Wednesday, January 5, 2011

LA TAHZAN... INNALLAHAMAANA... TERUSKAN PERJUANGAN...


Izinkan diri ini bermadah pujangga... Ku biar kalam berbicara... Dalam kita melangkah terkadang diuji dgn ujian yg terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya amat terasa.. Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yg gugur tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yg tersasar drpd keikhlasan..

Kadangkala daku terfikir.. Daku memohon sinar mentari yg cerah, Allah turunkan hujan yg lebat.. Tetapi ketahuilah bahawa Allah selangi hujan itu dgn pelangi yg indah.. Daku memohon kpd tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus yg berduri.. Daku meminta kupu-kupu yg cantik, Dia beri ulat berbulu.. Daku sedih dan kecewa.. Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yg cantik.. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya.. Tuhan tidak memberi apa yg kita harapkan tetapi Dia memberi apa yg kita perlukan.. Kadang kita kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, Dia telah mengatur yg terbaik utk kita.. Setiap kepahitan pasti ada kemanisan.. Allah lebih tahu..

Sometimes i asked for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom and Allah gave me problems to solve.. I asked for prosperity and Allah gave me brain n brawn to work.. I asked for courage and Allah gave me dangers to overcome.. I asked for favours and Allah gave me opportunities.. I asked for love and Allah gave me troubled people to help..I received nothing I wanted but I get everythings I needed... We know that life will offer some disappointments but remember, through those things, you can become stronger and more stable person.. Don't overlook obstacles but work through them.. Remember that each road that you choose will offer some difficulties.. If life were meant to be easy, there would be no challenges and no rainbows..

Kadangkala kita menginginkan sesuatu tetapi kita x memilikinya.. Jika inginkan mutiara selamlah lautan.. Jika inginkan kebahagiaan tempuhilah penderitaan.. Jika inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Biar rebah jgn berubah.. Biar terbuang teruskan berjuang.. Ujian adalah tarbiyah drpd Allah.. Semakin dekat bahtera diri kepada-Nya, semakin kuat ribut melanda.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan terkandung 1001 kemanisan... Ingatlah! Allah ciptakan bintang agar bulan nampak kirana dlm sepinya.. Allah ciptakan Hawa agar Adam tanpa bahagia dlm sepinya.. Dan Allah hadirkan masalah agar tampak mengerti erti ukhuwah dan kemanisan hidup.. Ingatlah bahawa tika kita sedih dan kecewa, Allah lah sebaik-baik pendamping..
LA TAHZAN... INNALLAHAMAANA.. : )