"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Sunday, October 28, 2012

HIKMAH BUATMU WANITA!!!


Ramai kaum hawa di luar sana yang sentiasa mempersoalkan dan mengeluh 
dengan lahirnya mereka sebagai seorang wanita.. lupakah kamu semua 
bahawa Islam lah yang telah mengangkat martabat kamu ketika zaman
Jahiliyah dulu.. semua perintah Allah itu walaupun ada kalanya agak berat
tetapi adalah untuk memelihara kemuliaan mu.. itu semua tanda kasihnya
Allah kepada mu..

Walaupun kamu lemah dari segi tenaga fizikal, tetapi hakikatnya kamu lah 
yang paling kuat dari segi kesabarannya.. bagi kamu, sehelai rambut pun 
tidak boleh diperlihatkan.. sedangkan kaum adam, singlet sahaja sudah 
cukup untuk menutup aurat.. tetapi berapa ramai wanita di luar sana yang
hanya menutup kepala dan badan mereka, bukan menutup aurat mereka..
tidakkah kamu semua sedar bahawa itu semua adalah untuk memelihara
maruah mu yang berharga itu?

Dalam segi urusan rumah tangga, apabila melihat suami dan anak-anak
makan makanan daripada air tangan mu dengan penuh selera, sudah 
pasti kamu berasa gembira dan keletihan itu akan terus pergi.. walaupun
kmu terpaksa membawa bersama kandungan berat bersama mu selama 
9 bulan dan terpaksa menahan kesakitan sewaktu melahirkannya, semua
itu akan hilang dan lahir kegembiraan yang tidak terkata tatkala melihat
senyuman permata hati mu.. ketika semua itu lah akan terasa betapa
indahnya nikmat dalam menghadapi ujian..


Antara tanda kasih sayang-Nya kepada mu wahai wanita adalah CUTI! 
lelaki tidak pernah diberikan cuti dalam menunaikan solat.. sedangkan 
wanita dianugerahkan Allah dengan cuti dalam solat.. dan kamu tidak 
perlu menggantikan solat yang ditinggalkan ketika uzur.. tidakkah kamu
bersyukur? tetapi ada yang mempersoalkan bahawa mereka akan
kerugian pahala kerana tidak dapat menunaikan ibadah ketika itu..
TIDAK! terlalu banyak ruang pahala lain yang boleh kamu perolehi 
tanpa kamu sedari..

Tidakkah kamu terfikir, ketika kamu berhempas pulas mengandung 
dan melahirkan anak, berapa banyak pahala yang dicatat untuk 
pengorbanan itu? Allah memberikan pahala orang yang berjihad di
jalan Allah untuk mereka yang kesakitan ketika bersalin.. ketika kamu
gigih dan sabar bangun menyusukan anak dan menjaga makan minum 
suami, bukankah semua itu diiringi dengan pahala yang besar?setiap
tegukan susu ibu untuk anaknya akan dicatat satu kebajikan.. tidakkah
begitu luas ruang pahala untuk mu wahai wanita? jangan sempitkan 
fikiranmu tentang konsep ibadah.. sesunguhnya semua itu adalah ibadah..

Wanita yang menjaga solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya dan sentiasa taat pada suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.. namun, sudah 
tentu banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuh untuk
melaksanakan perkara tersebut.. "Apakah manusia itu mengira bahawa 
mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan 
mereka tidak diuji" (Surah Al-Ankabut : ayat 2).. ramai yang 
mempertikaikan mengapa mereka perlu taat pada suami setelah
berkahwin..adakah kamu lupa, setelah kamu menerima cahaya mata,
syurga mereka berada di bawah telapak kaki mu?

Di sebalik kelemahan dan kelembutan mu wahai wanita, terselit
kesabaran dan ketabahan yang luar biasa.. janganlah kau hanyut
kerana tidak sabar dalam melakukan ketaatan.. yakinlah dengan
bantuan dan keredhaan Allah.. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan
sia-sia.. jangan jadikan peredaran zaman sebagai alasan.. teruskanlah
berjuang kerana ganjaran Allah yang besar sedang menanti.. jadilah 
perhiasan dunia yang indah, jangan jadi penyebab fitnah dunia 
yang parah..

No comments:

Post a Comment