"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Sunday, October 28, 2012

HIKMAH BUATMU WANITA!!!


Ramai kaum hawa di luar sana yang sentiasa mempersoalkan dan mengeluh 
dengan lahirnya mereka sebagai seorang wanita.. lupakah kamu semua 
bahawa Islam lah yang telah mengangkat martabat kamu ketika zaman
Jahiliyah dulu.. semua perintah Allah itu walaupun ada kalanya agak berat
tetapi adalah untuk memelihara kemuliaan mu.. itu semua tanda kasihnya
Allah kepada mu..

Walaupun kamu lemah dari segi tenaga fizikal, tetapi hakikatnya kamu lah 
yang paling kuat dari segi kesabarannya.. bagi kamu, sehelai rambut pun 
tidak boleh diperlihatkan.. sedangkan kaum adam, singlet sahaja sudah 
cukup untuk menutup aurat.. tetapi berapa ramai wanita di luar sana yang
hanya menutup kepala dan badan mereka, bukan menutup aurat mereka..
tidakkah kamu semua sedar bahawa itu semua adalah untuk memelihara
maruah mu yang berharga itu?

Dalam segi urusan rumah tangga, apabila melihat suami dan anak-anak
makan makanan daripada air tangan mu dengan penuh selera, sudah 
pasti kamu berasa gembira dan keletihan itu akan terus pergi.. walaupun
kmu terpaksa membawa bersama kandungan berat bersama mu selama 
9 bulan dan terpaksa menahan kesakitan sewaktu melahirkannya, semua
itu akan hilang dan lahir kegembiraan yang tidak terkata tatkala melihat
senyuman permata hati mu.. ketika semua itu lah akan terasa betapa
indahnya nikmat dalam menghadapi ujian..


Antara tanda kasih sayang-Nya kepada mu wahai wanita adalah CUTI! 
lelaki tidak pernah diberikan cuti dalam menunaikan solat.. sedangkan 
wanita dianugerahkan Allah dengan cuti dalam solat.. dan kamu tidak 
perlu menggantikan solat yang ditinggalkan ketika uzur.. tidakkah kamu
bersyukur? tetapi ada yang mempersoalkan bahawa mereka akan
kerugian pahala kerana tidak dapat menunaikan ibadah ketika itu..
TIDAK! terlalu banyak ruang pahala lain yang boleh kamu perolehi 
tanpa kamu sedari..

Tidakkah kamu terfikir, ketika kamu berhempas pulas mengandung 
dan melahirkan anak, berapa banyak pahala yang dicatat untuk 
pengorbanan itu? Allah memberikan pahala orang yang berjihad di
jalan Allah untuk mereka yang kesakitan ketika bersalin.. ketika kamu
gigih dan sabar bangun menyusukan anak dan menjaga makan minum 
suami, bukankah semua itu diiringi dengan pahala yang besar?setiap
tegukan susu ibu untuk anaknya akan dicatat satu kebajikan.. tidakkah
begitu luas ruang pahala untuk mu wahai wanita? jangan sempitkan 
fikiranmu tentang konsep ibadah.. sesunguhnya semua itu adalah ibadah..

Wanita yang menjaga solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya dan sentiasa taat pada suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.. namun, sudah 
tentu banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuh untuk
melaksanakan perkara tersebut.. "Apakah manusia itu mengira bahawa 
mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan 
mereka tidak diuji" (Surah Al-Ankabut : ayat 2).. ramai yang 
mempertikaikan mengapa mereka perlu taat pada suami setelah
berkahwin..adakah kamu lupa, setelah kamu menerima cahaya mata,
syurga mereka berada di bawah telapak kaki mu?

Di sebalik kelemahan dan kelembutan mu wahai wanita, terselit
kesabaran dan ketabahan yang luar biasa.. janganlah kau hanyut
kerana tidak sabar dalam melakukan ketaatan.. yakinlah dengan
bantuan dan keredhaan Allah.. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan
sia-sia.. jangan jadikan peredaran zaman sebagai alasan.. teruskanlah
berjuang kerana ganjaran Allah yang besar sedang menanti.. jadilah 
perhiasan dunia yang indah, jangan jadi penyebab fitnah dunia 
yang parah..

Sunday, August 12, 2012

AKU NAK BERTAUBAT, TAPI.....


Setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat.. tetapi masih ramai manusia 
yang masih tidak sedar serta mengendahkannya dan terus mabuk dalam dunia
kedurjanaan tanpa perasaan menyesal walau sedikitpun.. tetapi Allah Maha 
Pengasih lagi Maha Penyayang.. apabila Allah ingin memberi hidayah kepada
hambaNya, tiada satu tangan pun yang dapat menghalangNya.. timbul banyak
persoalan dan halangan yang sering diutarakan oleh mereka yang ingin kembali
ke pangkal jalan..

Firman Allah, ..... Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai
 orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur : ayat 31)

*"Aku nak bertaubat TAPI dosa aku terlalu banyak.. tidak ada satu pun dosa, 
perbuatan buruk dan kejahatan yang tidak pernah aku buat.. sudi ke Allah
maafkan segala yang telah aku lakukan selama ini? sudi ke Allah terima
taubat aku ini?"

Allah berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad) : "wahai hamba-hambaKu
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-
perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana
sesungguhnya Allah mangampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. dan kembalilah kamu
kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat 
kepadaNya sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak
akan diberikan pertolongan.." (Surah Az-Zumar : ayat 53-54)


*"Aku nak bertaubat TAPI ramai kawan-kawan lama aku yang jahat 
sentiasa mengintip ke mana sahaja aku pergi.. sebaik sahaja mereka
mendapati aku berubah, mereka akan menyerang aku dan aku berasa
sangat lemah untuk melawan mereka semula.. apa yang patut aku
buat?"

Hadapilah semua itu dengan penuh rasa sabar.. ini adalah salah satu
ujian Allah untuk menguji keikhlasan hambaNya yang ingin bertaubat
agar kita dapat membezakan kebenaran daripada pendustaan, 
kebaikan daripada kejahatan.. semoga darjat kita terus terangkat
dengan perjuangan ini..

Apabila kamu mengambil langkah pertama ke arah jalan yang benar,
teguhlah berdiri dan jangan mudah goyah.. ini semua adalah usaha
musuh-musuh kita yang sentiasa mencuba untuk mengajak kita
menjadi sahabat mereka dan menemani mereka di neraka nanti..
hiraukan mereka dan jangan sampai kamu terjerumus semula 
ke lembah kebinasaan..

Firman Allah, Katakanlah (wahai Muhammad) : "aku berlindung kepada
Allah, pemelihara sekalian manusia.. yang menguasai sekalian manusia.. 
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.. dari kejahatan
pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.. yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati menusia.. iaitu (pembisik dan
penghasut) dari kalangan jin dan manusia.." (Surah An-Nas : ayat 1-6)

Adakah Tuhan kamu yang perlu diikuti dan ditaati atau manusia ini
yang mengajak ke arah kejahatan? jangan menjual redha Allah 
semata-mata untuk membeli redha manusia.. kamu sepatutnya sudah 
arif bahawa mereka ini akan sentiasa mengejar kamu dan akan
menggunakan apa jua cara untuk membawa kamu kembali ke dunia 
dosa.. mereka akan sentiasa mengingatkan kamu tentang masa 
lalu kamu dan menampakkan masa itu sebagai sesuatu yang menarik
dan menyeronokkan.. sentiasalah berwaspada andai benar kamu 
ingin bertaubat..

Allah berfirman, Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya
janji Allah itu benar dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini
apa yang engkau sampaikan menjadikan engkau resah gelisah.. 
(Surah Ar-Rum : ayat 60)


*"Aku nak bertaubat TAPI kawan-kawan aku mengugut akan
membongkar masa silam aku dan akan menyebarkan rahsia dosa aku 
kepada semua orang.. mereka ada gambar-gambar dan lain-lain yang 
boleh digunakan untuk menjatuhkan aku.. aku risau dengan reputasi
aku dan aku takut.."

Bangkit dan lawanlah mereka.. kamu sepatutnya sedar bahawa jika
kamu cuba menenangkan mereka dan menuruti segala permintaan
mereka, ia hanya akan memberi mereka lebih bukti dan peluang
untuk menentang kebaikan kamu dan kamu akan kalah dengan
mudah.. jangan memberikan perhatian kepada mereka dan mintalah
pada Yang-Esa.. jangan mudah kalah dengan serangan psikologi
kotor mereka.. ingatlah bahawa disebalik kesusahan, ada
kesenangan dan disebalik gelita, ada cahaya..

*"Aku telah lakukan banyak dosa dan telah bertaubat, TAPI dosa-
dosa aku yang telah lalu mengejar aku semula dan aku dihantui
oleh segala yang telah aku lakukan.. memori hitam aku sentiasa 
mengganggu tidur aku dan aku tidak boleh rehat dengan tenang..
macam mana aku hendak bebas dari semua ini?"

Perasaan ini sebenarnya adalah bukti keikhlasan kamu dalam
bertaubat.. ini adalah penyesalan dan penyesalan adalah taubat..
lihatlah masa lalu tersebut sebagai pengajaran dan pengharapan
agar Allah akan mengampuni dosa-dosa lalu kita.. jangan sesekali
berputus asa dengan rahmat dan belas kasihan daripada Allah..

Firman Allah, Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat 
Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.. (Surah Al-Hijr :
ayat 56)


Dalam proses menuju Allah, mereka yang bertaubat akan sentiasa
diselubungi dengan perasaan takut kepada Allah dan mengharapkan
kasihan daripada Allah.. jika seseorang itu berdosa dan perasaan 
takut kepada Allah mengatasi segalanya, maka dia akan bertaubat..
apabila dia bertaubat, pengharapan kepada Allah akan memenuhi
hati dan dia akan sentiasa mencari pengampunan daripada Allah..

Kadang kala Allah sengaja memberikan ujian kepada manusia kerana
Dia rindu akan rintihan hambaNya itu.. kerana sudah menjadi fitrah 
manusia, mereka akan kembali kepada Allah dan mengingatiNya
apabila mereka berada dalam kesusahan.. hidayah Allah itu adalah 
hakNya.. Allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang 
dikehendakiNya dengan apa jua cara sekalipun.. jadi bertaubatlah
sebelum terlambat.. pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita
dan jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah..

Sunday, August 5, 2012

PUISI KHAS "MUSAFIR KASIH"


Sudah sekian lama aku meninggalkan desa
Di bumi kinanah yang gersang ilmu ditimba
Empat musim harus ku redah di sana
Tidak banyak yang dapat aku lakukan bersama
Namun ku kuatkan jua jiwa dan raga
Di celahan pasir mengutip mutiara
Ditambah dorongan sahabat tercinta
Ku tempuhi jua hari yang ada kalanya gelita

Namun di saat musibah menimpa diri
Ke manakah harus aku tujui
Di manakah cahaya yang perlu ku temui
Pada siapa yang dapat aku harapkan lagi
Tatkala mereka semua sibuk dengan rutin sendiri
Membiarkan aku meratap seorang diri
Meratap sepi diam menyendiri
Terkapai-kapai di lautan duniawi

Lalu terlintas sesuatu di minda
Mengapa tidak ku pinta pada yang Esa
Kerana segala rintihan sentiasa didengari-Nya
Segala hajat akan dikabulkan-Nya
Cuma aku yang perlu berusaha
Berusaha untuk meminta kepada si Dia
Kembali kepada fitrah yang ditetapkan-Nya
Moga ini menjadikan ku seorang yang berjaya
Hamba yang taat di hari muka

Nukilan asal oleh : Abe Budu

Thursday, July 12, 2012

LAYAKKAH AKU BERSAMAMU DI SYURGA, WAHAI SAHABAT??


Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan...
merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu
kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan... tetapi adakah
persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Dia yang punya 
segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri?? 
adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi??

Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi...
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri
di hatimu... maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna
untuk menjadi sahabatmu yang baik... maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari...

Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat... mengharap sahabat yang 
sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan
sahabat sendiri... mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi
keegoan masih beraja di dalam hati...

Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak
sudi... bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi 
sahabatku... tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan
perasaan kasihku... tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, "jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, 
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" 
(riwayat Abu Daud)... tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu 
sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku...

Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini...
menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah...
sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah
jualah yang mampu memisahkan kita... perasaan cinta pada sahabat
itu adalah kurniaan dari-Nya... perasaan manisnya berukhuwah itu juga
adalah nikmat dari-Nya... jadi mengapa perlu berputus asa dalam 
bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi
tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul??



Aku ingin mencari sahabat yang sudi bersamaku di syurga nanti...
bersama mencari redha Ilahi... menegurku apabila aku berada jauh
dari-Nya... menghulurkan tangan disaat aku jatuh tersungkur...
menarik aku dikala aku hampir terjerumus ke lembah kedurjanaan...
memelukku dan mengusap air mataku disaat aku berasa keseorangan...

Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya kerna salah
satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah
pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah... Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia di atas
dasar taqwa... 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar 
kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya 
teringat mati"... aku ingin menjadi sahabat seperti itu, ya Allah...

Sahabat! Andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringlah lenaku
dengan kalungan doamu... doakanlah agar aku dapat bertemu semula
denganmu di pintu syurga Firdausi nanti... bersama memimpin tangan
sambil mengukir senyuman manismu itu...

Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa 
pengetahuan saudaranya itu mustajab... pada kepalanya ada malaikat 
yang diberi tugas dan mengatakan : "semoga Allah mengabulkan 
dan untukmu juga seperti itu"...

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini... sesungguhnya aku benar-benar 
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah... sungguh! biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke 
akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja...

Ana uhubbukum lillahi ta'ala!!! =_= v


Wednesday, July 4, 2012

CEMBURU? ADAKAH KAMU TIDAK BERSYUKUR?


"Dia tu dah lah hensem, kaya, pandai pulak tu... cemburu aku...
bertuahnya orang macam dia tu..." kalam seperti ini sering keluar
daripada bibir-bibir kita... paling tidak terlintas di dalam hati...
mengapa perlu cemburu sedangkan manusia itu diciptakan
oleh Allah berbeza-beza?? mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing...

Kenapa?? dia ada sesuatu yang lebih daripada engkau??
dia dirasakan sempurna kerana ada segala-galanya??
percayalah bahawa sesungguhnya di saat engkau mencemburui
seseorang, orang itu sebenarnya sedang juga mencemburui 
engkau juga atas kelebihan engkau...

Ramai manusia yang salah anggap tentang erti kebahagiaan
hidup... adakah kerana mereka kaya dan berkuasa, mereka 
mempunyai hidup yang sempurna?? adakah semua itu menjamin 
kebahagiaan mereka?? adakah begitu sempit fikiran engkau 
sehinggakan kamu hanya menilai daripada apa yang terpapar di 
pandangan mata sahaja?? 

Rasakan Allah tidak adil?? adakah engkau mengharapkan
sesuatu yang sempurna?? memiliki segala-galanya di dunia
yang hanya sementara?? adakah engkau tidak bersyukur??
sesungguhnya di saat engkau mencemburui dan merasakan
diri sendiri kurang dari segenap aspek, sebenarnya engkau 
sedang menyalahi ciptaan Allah...

Jangan bandingkan diri yang hina ini dengan mereka yang lebih
tinggi tarafnya... jangan terlintas rasa cemburu dan iri hati pada
mereka yang banyak memiliki harta, tapi bandingkanlah diri
dengan mereka yang bertungkus lumus hanya untuk mencari
sesuap nasi...

Takala diri sibuk mengeluh dan cemburu pada mereka yang
hensem dan cantik, tatkala itu jugalah wujud segelintir manusia
yang tidak cukup anggota badan dan hilang nikmat pancaindera...
adakah engaku fikir mereka tidak mencemburui kamu yang
sempurna tubuh badan dan masih mampu menjalani hidup yang
normal?? apa lagi nikmat Allah yang ingin kau dustakan??


Firman Allah : "dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak
dari sebahagian yang lain kerana bagi orang laki-laki ada bahagian
dari pada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada
Allah sebahagian dari kurnia-Nya... sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu..." (surah An Nisa', ayat 32)

Bersyukurlah dengan siapa diri kamu sekarang... Allah kurniakan
akal agar kita mampu menilai diri yang sememangnya penuh
dengan kekurangan... buanglah sifat cemburu tersebut yang telah
sekian lama bercambah di dalam hati dengan perasaan yakin bahawa
Allah yang menentukan segalanya... Allah lebih mengetahui
sedangkan kita tidak mengetahui...

Jika terasa diri penuh dengan kekurangan, baikilah diri itu... andai
sedar diri mempunyai kelebihan yang tersendiri, tonjolkanlah dan
gunakan dengan sepenuhnya dan sebaiknya... jangan hanya
disimpan dan hanya tahu mengeluh... bersyukurlah!

Firman Allah di dalam Al-Quran : "kami telah menentukan
antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia
dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas
sebahagian yng lain beberapa darjat agar sebahagian
daripada mereka dapat mempergunakan sebahagian yang
lain... dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa
yang mereka kumpulkan..." (surah Az-Zukhruf, ayat 32)

Ingatlah bahawa semakin banyak nikmat dan kelebihan yang
kita miliki di dunia ini, semakin banyak perkara yang akan
Allah persoalkan di akhirat kelak... "harta kamu yang berlambak,
di mana kamu belanjakan??" "nikmat anggota yang kamu miliki,
untuk apa kamu gunakan??"

Akhir kalam, hendaklah kita berasa senang dengan apa yang
dimiliki oleh saudara kita... jangan sampai suatu masa, perasaan
cemburu yang sudah lama tertanam itu menjadi penyakit hati
yang lebih teruk dan menyebabkan perasaan ingin menjatuhkan
saudara sendiri... sabda Rasulullah : "tidak beriman seorang dari
kalian sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai
dirinya sendiri..." tujukanlah kalam pujian itu kepada Allah yang
menciptakan kerana semua itu adalah milik-Nya...

Wednesday, June 13, 2012

CINTA HAKIKI!!!


Pada suatu hari di saat aku sedang sibuk menikmati keindahan
Ilahi, aku ternampak kuntuman bunga... Aku ingin memetik bunga
itu tetapi sayang bunga itu sudah layu dek kerana  pencemaran... aku
cuba memetik bunga lain tetapi kecewa sudah dipetik orang terlebih
dahulu... tanpa putus asa terus mencari bunga yang baru sebab orang
kata bunga bukan sekuntum... jumpa satu, cantik tetapi malangnya
tuan punya bunga melarang dipetik... berjalan lagi dan terjumpa
bunga yang harum baunya tetapi seribu kali sayang kerna indah
bau dari rupa... dengan rasa sedih cuba untuk memetik kuntuman
bunga yang lain... Alhamdulillah berjaya! tetapi kecewa kerana
terluka, tercucuk duri yang tajam... 

Akhirnya aku sedar... 
Cinta kepada manusia hanya membuat kita merana kerana manusia
tidak sempurna dan bersifat sementara... tetapi cinta kepada Yang Maha
 Esa pasti akan kekal selamanya... Allah berfirman kepada Nabi Isa a.s. : 
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hamba-Ku, lantas Aku
tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada
akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cinta-Ku' (padanya)"

We should know that loving someone is nothing... loved by someone
is something... loved by someone you love is exciting... but love by
Allah is everything... 



Seringkali kita meminta agar dikurniakan rasa cinta hanya
kerana-Nya, tetapi seringkali kita terlupa untuk meminta agar 
jatuh cinta kepada-Nya... Seringkali kita berhati-hati dalam
menjaga hati manusia apabila lambat menyahut panggilan mereka,
tetapi seringkali kita terlupa untuk segera menyahut setiap 
panggilan-Nya... Seringkali kita menatap tinta cinta
tentang jodoh dan pasangan hidup, tetapi seringkali kita 
terlupa untuk menatap tinta cinta tentang keindahan
dan kebesaran-Nya... Seringkali kita mengucap kalam 
cinta kepada manusia di bibir, tetapi seringkali kita terlupa untuk
mengucap kalam cinta hanya kepada-Nya...

Cintailah Pencipta Yang Maha Kuasa sebelum cinta kepada
manusia yang merupakan fitnah dan perosak dunia... utamakanlah
Allah sebagai pencipta kita daripada manusia yang diciptakan-Nya...
Firman Allah kepada Nabi Daud a.s. : "Hambaku yang aku cintai 
adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukuman-Ku
atau hendakkan kurniaan-Ku, tetapi semata-mata kerana Aku ini
Tuhan mereka"

Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri
sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita
mencintai Allah... CINTAILAH ALLAH kerana itu cinta yang hakiki
dan kekal abadi...

Thursday, February 2, 2012

PERUBAHAN!!! KEWAJIPAN BUKAN PILIHAN!!!




Kadangkala anak muda keletihan menentang nafsunya , 
tiap kali taubat dipasak dihatinya dia terus terjunam 
ke lembah yang sama. Biarlah kata-kata Imam Al-Ghazali 
ini terus menjadi obor buat kita bersama... "Jikalau kamu 
bertaubat , kemudian kamu ulangi maksiat yang sama 
buat kali kedua maka segeralah bertaubat dan katakanlah 
pada dirimu: Mungkin aku akan mati sebelum aku
 melakukan kesalahan yang sama 
(biarlah bertemu Allah dalam keadaan bertaubat). 
Begitulah jika mengulanginya buat kali yang seterusnya."


Memang menjadi fitrah kepada diri setiap daripada kita sebagai
manusia, imannya sentiasa berubah-ubah... tidak tetap...
sekejap menaik dan sekejap menurun.... tidak sama seperti para
 malaikat, para anbiya' mahupun syaitan durjana.... oleh sebab itulah
manusia sentiasa berubah dan perubahan itu mungkin sama ada ke
kiri atau ke kanan... 

Sekiranya kita sekuntum bunga, jadi kita sekarang sebagai para
remaja sudah pasti merupakan tunasnya... kita mesti menghargai
setiap saat kehidupan kita tanpa sebarang penyesalan...
kerana siapa kita pada hari ini menunjukkan siapa kita pada
masa hadapan...

Kita pasti tidak mahu mengatakan sesuatu seperti "aku nak
kembali ke masa lepas untuk memperbetulkan segala-galanya"
kerana ia merupakan sesuatu yang mustahil... kita kene
menerima siapa kita sekarang dan teruskan kehidupan kita...
kerana masa lampau dan masa hadapan bukan milik kita...
masa sekarang la milik kita.... sebab itu la perubahan perlu
dilakukan sekarang... tidak ada istilah "nanti" atau "lek lu"...

Terkadang ada insan yang mengatakan kenapa aku??? kenapa
bukan dia??? jawapannya mudah sahaja... TAKDIR... ianya
tidak boleh diungkap dengan kata-kata... oleh itu, kita tidak
boleh lari daripadanya... kita mesti menghadapinya... itu la yang
kita akan lakukan... mesti! sentiasa!

Kenapa takut untuk berjuang... apa salahnya sekiranya kita
jatuh... jika kita jatuh kita boleh sentiasa bangun semula kan...
 memang dalam perjuangan untuk berubah kadang kala kita akan
 tersungkur... tapi itu tidak bermaksud kita kalah...  jangan
mengaku kalah sebelum bertarung...  pengorbanan itu perlu dan
 ia pasti akan dibalas oleh sesuatu yang lebih bernilai...
ikhlas! itu kuncinya...

h



Sekiranya kita lihat ke langit dan sinar mentari... ia masih kekal
seperti semalam... terbentang luas dan sentiasa tersenyum ke arah kita...
letakkan tanganmu di dadamu... dub dab dub dab.... ia masih sama
juga seperti semalam... Alhamdulillah! kita masih hidup...
bersyukurlah kepada Allah kerana Dia masih memberi nikmat
kehidupan kepada kita... Dia masih beri peluang kepada kita
 untuk bertaubat kepada-Nya... adakah kamu tidak bersyukur???

Manusia tidak sepatutnya mengenang masa lalu... cukuplah 
untuk kita cuba yang terbaik dalam segala-galanya yang kita
lakukan sekarang... walaupun dulu kita jahat seperti syaitan sekalipun,
ianya tidak bermaksud kita tidak boleh manjadi baik pada 
masa hadapan... setiap orang merasakan kesakitan dan keperitan...
banyak dugaan yang harus ditempuh dalam proses perubahan ni...
tapi sudah pasti selepas keperitan yang kita alami, kepuasan
akan menyusul... waimah dalam sukan ataupun pelajaran sekalipun
juga begitu... sekiranya kita dapat melawan kesusahan tersebut,
di bahagian lain pula pelangi menanti kita... ianya pasti menjadi
harta yang sangat bernilai... mari kita meyakininya...

Ada kalanya realiti itu sesuatu yang terlalu kejam...  kita tidak
ada hak untuk mengangankan sesuatu yang tidak pasti...
kadang-kadang apabila kita mengenangkan masa hadapan,
air mata akan bercucuran lagi dan lagi... oleh sebab itu,
mari la sama2 kita bangkit dari tidur yang panjang...
sedar siapa diri kita sekarang dan cuba menjadi
lebih baik...

Akhir kalam, mari lah kita bersama mengekang nafsu kita...
jangan sesekali tunduk dengan nafsu... biarlah kita
yang mengawal nafsu... jangan sampai kita terperangkap
dalam penjara nafsu kita sendiri... cubalah untuk berubah
kerana perubahan ke arah yang lebih baik itu bukan satu
pilihan, tapi satu kewajipan... yang penting perlu kuat
dan jangan sesekali berputus asa... putus asa itu hanya
untuk orang yang lemah sahaja... jinakkanlah nafsu kita...

Sunday, August 21, 2011

BUMI PERSINGGAHAN!!!

Allah Ta’ala berfirman pada Hari Kiamat: “Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan-Nya sahaja.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga. (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)


Bumi persinggahan... INTEC~
Di saat aku melangkah ke sebuah bumi persinggahan baru sebelum 
meneruskan perjalanan ke bumi anbiya', hatiku terasa berat dan muncul
banyak persoalan dalam benak dadaku... apabila aku mengetahui yang 
tempat ini penuh dengan mereka yang geliga otaknya, aku berasa
 tersangat kerdil... Namun, aku tetap menguatkan diriku untuk menempuh 
onak duri dan manis coklat yang bakal menanti di hadapanku...




Lilin- lilin kami.... Lecturer-lecturer yang sporting~
Mereka merupakan lilin yang menerangi hidup kami... Tanpa mereka,
siapalah kami.... Terima kasih banyak-banyak kepada ustaz ab halim, miss
hanie, miss sufia, madam fatma, madam hajar, madam mimi sophia, 
ustazah nabilah, ustaz affuan, madam mudiana dan bonda kami madam 
umiatun... Mereka semua friendly, sporting dan terbaeekkk... Keringat
yang kau titiskan dan tinta yang kau bazirkan tidak akan kami lupa...


My fellow friends.... MEG 7~
Buat semua sahabat yang ku sayangi kerana Allah... ingatlah bahawa 
suatu masa dulu kita pernah bernaung di bawah satu bumbung yang 
sama iaitu MEG 7... Kenangan manis dan pahit kita lakar bersama... 
Walaupun kita berasal dari dunia yang berbeza dan tidak saling mengenali
pada dasarnya, kini kita bagaikan keluarga yang hatinya sentiasa bersatu..
Walaupun berbagai ombak menimpa, kita bersama menjadi benteng 
yang kukuh... Banyak kisah yang dirakamkan bersama di pentas MEG 7,
semuanya penuh senyuman dan gelak ketawa...



Terima kasih ku ucapkan kepada semua sahabat handai ku... kepada 
sahabat kaum Adam... ikram, kimi, nasyraf dan ilham... kamu semua
telah mewarnai hidup ku... kita ibarat adik-beradik yang sentiasa bersama
ketika senang dan susah... tidak lupa juga kepada sahabat kaum Hawa...
syasa, shazzreen, adilah, syimah, ajmal, abidah, sera, amirah, hajar, ct ice,
wanie, ika, uswah, one, aima dan aina.... kamu semua telah menceriakan 
hidup ku... kita juga ibarat adik-beradik yang sentiasa berkongsi suka 
dan duka... Maafkan segala kekhilafan ku kerana diri ini hanya lah 
seorang manusia biasa yang penuh dengan kesilapan... Andai esok aku
pergi tanpa khabar, iringlah permegianku dengan kalungan doa kalian...
Agar permegiannku tenang dengan terpatrinya kenangan kita bersama...


Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang akan ke Jordan...
mirul, yus dan taufiq... semoga kita dapat bertemu kembali....


Kadang-kadang, aturan Allah itu tidak pernah terduga oleh perancangan
 manusia... Sesukar mana pun penterjemahan itu diperlukan untuk 
merungkai sebuah kepastian, adalah lebih tenang jika segalanya
 disingkap dengan keredhaan perhambaan seorang khalifah... Ingatlah 
bahawa pertemuan dan perpisahan kita adalah perancangan-Nya...
Walaupun kita jauh pada zahirnya... hati kita tetap bersama dengan
simpulan tali ukhuwah kerana Allah...

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!! 

Thursday, July 28, 2011

MY FIRST ARTICLE AT I LUV ISLAM!!!

Alhamdulillah!!! Artikel pertama syuk dah disiarkan di 
http://www.iluvislam.com... Insyaalllah jika diizinkan, syuk akan
kongsikan artikel-artikel yang lain...

alt

Artikel asal syuk ambik daripada salah satu post syuk, "LA TAHZAN...
INNALLAHAMAANA... TERUSKAN PERJUANGAN"

Setelah diedit oleh salah seorang editor i luv islam Fira Fahmi, artikel syuk 
disiarkan di laman tersebut yang bertajuk INNALLAHAMAAKUM...

Friday, July 22, 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN!!!!


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... ianya tidak boleh dipisahkan
seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan...
kadang-kadang pertemuan yang tidak kita inginkan ternyata memberi
bekas yang menyenangkan hati... kadang-kadang pula pertemuan yang
kita harapkan ternyata menambah luka... tiada apa yang kekal
di dunia ini...

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan
berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan... tetapi
ketahuilah bahawa kemanisan berukhuwah lahir daripada kepahitan
perpisahan... tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah
kemanisan berukhuwah... kesedihan yang kita rasakan boleh
menaikkan darjat kita di sisi-Nya...

Jika kita tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan seseorang,
jangan pernah langsung terpikir untuk berkenalan dengannya...
Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan
itu akan membawa kita kepada penghujungnya iaitu perpisahan...
andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan
semula... andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh
bermakna dan memberi erti yang nyata...


Mengapa mesti ada perpisahan jika pertemuan itu mendamaikan...
mengapa mesti ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan...
mengapa mesti ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan...
pertemuan denganmu amat membahagiakanku... pertemuan itu amat
menggembirakanku... kehadiranmu memberi seribu satu makna...
namun sayang seribu kali sayang... kini jiwaku mati...
mimpiku ternoktah disini... di kala engaku tiada disisi... air mata
gugur membasahi pipi... kerana sayang itu tetap bersemi... menemani hari
menyulam hati... walau tidak lagi kau sirami... pertemuan hakiki di syurga
firdausi.... hidup bahagia kekal abadi...

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan
akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika
fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan 
tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat
semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi
lebih bermakna...

Ingatlah bahawa sesungguhnya jasad kita sahaja berpisah tetapi hati kita 
tetap bersatu dan tersimpul erat dengan tali ukhuwah kerana-Nya... 
relakanlah perpisahan ini agar hati ini tenang meninggalkanmu...
andai ini pertemuan kita yang terakhir, iringilah pemergianku dengan 
kalungan doamu... semoga kita bertemu selamanya di syurga firdausi...