"Dia tu dah lah hensem, kaya, pandai pulak tu... cemburu aku...
bertuahnya orang macam dia tu..." kalam seperti ini sering keluar
daripada bibir-bibir kita... paling tidak terlintas di dalam hati...
mengapa perlu cemburu sedangkan manusia itu diciptakan
oleh Allah berbeza-beza?? mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing...
Kenapa?? dia ada sesuatu yang lebih daripada engkau??
dia dirasakan sempurna kerana ada segala-galanya??
percayalah bahawa sesungguhnya di saat engkau mencemburui
seseorang, orang itu sebenarnya sedang juga mencemburui
engkau juga atas kelebihan engkau...
Ramai manusia yang salah anggap tentang erti kebahagiaan
hidup... adakah kerana mereka kaya dan berkuasa, mereka
mempunyai hidup yang sempurna?? adakah semua itu menjamin
kebahagiaan mereka?? adakah begitu sempit fikiran engkau
sehinggakan kamu hanya menilai daripada apa yang terpapar di
pandangan mata sahaja??
sesuatu yang sempurna?? memiliki segala-galanya di dunia
yang hanya sementara?? adakah engkau tidak bersyukur??
sesungguhnya di saat engkau mencemburui dan merasakan
diri sendiri kurang dari segenap aspek, sebenarnya engkau
sedang menyalahi ciptaan Allah...
Jangan bandingkan diri yang hina ini dengan mereka yang lebih
tinggi tarafnya... jangan terlintas rasa cemburu dan iri hati pada
mereka yang banyak memiliki harta, tapi bandingkanlah diri
dengan mereka yang bertungkus lumus hanya untuk mencari
sesuap nasi...
Takala diri sibuk mengeluh dan cemburu pada mereka yang
hensem dan cantik, tatkala itu jugalah wujud segelintir manusia
yang tidak cukup anggota badan dan hilang nikmat pancaindera...
adakah engaku fikir mereka tidak mencemburui kamu yang
sempurna tubuh badan dan masih mampu menjalani hidup yang
normal?? apa lagi nikmat Allah yang ingin kau dustakan??
Firman Allah : "dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak
dari sebahagian yang lain kerana bagi orang laki-laki ada bahagian
dari pada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada
Allah sebahagian dari kurnia-Nya... sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu..." (surah An Nisa', ayat 32)
Bersyukurlah dengan siapa diri kamu sekarang... Allah kurniakan
akal agar kita mampu menilai diri yang sememangnya penuh
dengan kekurangan... buanglah sifat cemburu tersebut yang telah
sekian lama bercambah di dalam hati dengan perasaan yakin bahawa
Allah yang menentukan segalanya... Allah lebih mengetahui
sedangkan kita tidak mengetahui...
Jika terasa diri penuh dengan kekurangan, baikilah diri itu... andai
sedar diri mempunyai kelebihan yang tersendiri, tonjolkanlah dan
gunakan dengan sepenuhnya dan sebaiknya... jangan hanya
disimpan dan hanya tahu mengeluh... bersyukurlah!
Firman Allah di dalam Al-Quran : "kami telah menentukan
antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia
dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas
sebahagian yng lain beberapa darjat agar sebahagian
daripada mereka dapat mempergunakan sebahagian yang
lain... dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa
yang mereka kumpulkan..." (surah Az-Zukhruf, ayat 32)
Ingatlah bahawa semakin banyak nikmat dan kelebihan yang
kita miliki di dunia ini, semakin banyak perkara yang akan
Allah persoalkan di akhirat kelak... "harta kamu yang berlambak,
di mana kamu belanjakan??" "nikmat anggota yang kamu miliki,
untuk apa kamu gunakan??"
Akhir kalam, hendaklah kita berasa senang dengan apa yang
dimiliki oleh saudara kita... jangan sampai suatu masa, perasaan
cemburu yang sudah lama tertanam itu menjadi penyakit hati
yang lebih teruk dan menyebabkan perasaan ingin menjatuhkan
saudara sendiri... sabda Rasulullah : "tidak beriman seorang dari
kalian sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai
dirinya sendiri..." tujukanlah kalam pujian itu kepada Allah yang
menciptakan kerana semua itu adalah milik-Nya...
merenung sejenak sambil bermuhasabah :)
ReplyDeleteandai terasa ada kekurangan, perbaikilah... jgn hanya cemburu dan mengeluh sahaja... bersama kita bermuhasabah... : )
Deletetersentuh membaca artikel ini kerana saya tahu sayalah salah seorang hamba Allah yang membiarkan perasaan cemburu menguasai diri sehinggakan sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang ada dan iri hati terhadap dia yang saya sangkakan begitu hebat dan sentiasa bertuah...
ReplyDeleteTerima kasih buat saudara/i yang menulis artikel ini...mohon share..
ALHMDULILLAH....artikel ini benar2 membuatkn ku tersedar...syukur...mohon share:)
ReplyDelete