"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Wednesday, March 30, 2011

YANG LALU BIARLAH BERLALU!!!



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita
sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di
dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama
ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan
menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seaadanya. 

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan
dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam
penjara hati dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia
tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai
peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang
semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain.
Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya
memang sudah tiada.

Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah
bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi
tersebut. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan
tersebut berulang lagi??? Apakah kita mengharapkan matahari kembali
ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya dan air mata kembali ke dalam
kelopak mata padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali
air mata kita???

Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan keresahan.
Masa lalu tak ubahnya seperti api yang membakar dan melemparkan
diri ke api masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat
menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana
yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan.
Allah telah mengingatkan kita dengan umat masa lalu serta apa yang
 telah mereka perbuat. Semuanya telah berlalu dan tidak akab berulang
kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk
melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti
orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di
dalamnya. Ia juga sama seperti mengeluarkan semula mayat-mayat
dari kuburnya.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan
wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan,
air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu,
janganlah menyalahi sunnah dan hukum kehidupan...



No comments:

Post a Comment