"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Tuesday, May 3, 2011

WARKAH WIDA' BUATMU AKHI!


Bismillahhirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Ini bukanlah surat cinta, mahupun kad hari lahir, apatah lagi laporan
kerja... ini hanyalah suatu luahan maya yang ditujukan khas buat
adikku yang dikasihi kerana Allah... tanda ingatan dan pesanan
daripada seorang abang buat adiknya... juga tanda sayangnya
seorang abang kepada adiknya... "Sesungguhnya wajiblah cinta-Ku
bagi orang yang berkasih sayang kerana-Ku"

Ku biarkan tangan menaip... meluahkan hasrat di kalbu... tiada metafora, 
hiperbola mahupun personafikasi... segalanya tulus daripada lubuk hati... 
segalanya tentang masa silam, masa kini dan masa hadapan... moga
dengan ini terubatlah segala perasaan di jiwa kerana abg telah pun
 sedaya upaya untuk tidak melukai hatimu... mungkin sudah suratan
takdir hidupku... kasih ukhuwah fillah ini sudah lama terjalin...
namun ianya berderai bagaikan kaca dalam sekelip mata...
 maafkanlah diri ini...

Buat adikku yang dikasihi kerana Allah... sebelum abg meneruskan luahan
hati kerdil ini, izinkanlah abg memberi secangkir amanat untukmu...
mungkin inilah yang terakhir yang mampu abg berikan...
Dik... andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya... andai
perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik
padanya... tapi hakikat perjuangan bukan begitu... turun naiknya,
sakit pedihnya... umpama kepahitan yang tidak terhingga... andai rebah,
bangkitlah semula... andai terluka, ingatlah janji-Nya...
Dik... katakanlah walaupun pahit kerana mungkin kata-kata itu dapat
memberikan kemanisan kepada orang laen...
Dik... jangan mengharap sesuatu yang luar biasa sekiramya kita sering
melakukan sesuatu dengan biasa...
Dik... kalau tidak mampu menerima beban, jangan sampai menjadi
beban kepada orang lain...
 Dik... sekiranya ada orang yang melempar batu ke arah kita, balaslah
dia dengan sekuntum bunga...
Buat kali terakhirnya dik... gantunglah hatimu setinggi langit dan
rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan...
Semoga amanat ini dapat menjadi panduan hidupmu, dik...

Dik... abg rasa semuanya... tika itu, detik itu, saat itu, minit itu, jam itu dan
juga hari tu... terasa jauh sekali... bagaikan ada tembok penghalang lutsinar
antara kita... kenapa dik? malu hendak berukhuwah kerana Allah? takut
berada di jalan yang benar dan diredhai? lemah dengan ejekan dan fitnah
manusia? astaghfirullahhalazim!!! kenapa perlu begitu dik? jika antara kita
ada tembok yang memisahkan, marilah kita bersama-sama meleraikannya
segera... jika pernah hatimu terluka keranaku, luahkanlah agar abg mampu
berubah... janganlah sampai tertanam benih-benih kebencian dalam dasar
hatimu, dik... maafkanlah diri ini kerana abg juga insan yang lemah dan
penuh dengan kesilapan...

Abg dapat rasakan telah kurangnya manis dalam bicaramu... kurangnya
madu kemesraan dalam tawamu... kurangnya bunga ceria dalam
gurauanmu... semuanya hambar dan tidak seperti dulu... mana adik abg
yang duluuuuu? sesungguhnya abg sangat merinduinya...

Akhir kalam... terima kasih atas segala-galanya... perjalanan kita masih jauh
dik... jalanan berliku dan penuh onak duri harus kita tempuh... semoga
kenangan semalam menjadi azimat penguat semangat untuk menempuh
masa hadapan... selepas ini kita akan membawa diri masing-masing...
semoga adik berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat... mungkinkah
kita akan bertemu lagi? andai mungkin, abg akan menanti dengan penuh
kesetiaan dan kerinduan... andai tidak, kita akan bertemu selamanya
di syurga firdausi... insyaallah!!! andai esok abg terlena tanpa jaga,
iringlah lena itu dengan kalungan doa darimu... sesungguhnya abg
sayangkanmu dik kerana Allah... sungguh!!!

"Ya Allah! hamba bersyukur ke hadrat-Mu kerana Engkau telah
mengurniakan daku seorang insan yang mewarnai hidupku... peliharalah
dan sayangilah dia agar dia sentiasa berada di jalan-Mu dan menjadi
orang yang berguna suatu hari nanti... Ya Allah! sesungguhnya Kau-lah
yang menjalinkan ikatan ukhuwah ini dan Kau sajalah yang
mampu memutuskannya" 

( ini hanyalah sekadar post... tidak ade kaitan dengan mereka yang masih
hidup mahupun yang sudah meninggal dunia... MUNGKIN~ hehehehe )

2 comments: