"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Jangan Lupe LIKE!

Sunday, August 12, 2012

AKU NAK BERTAUBAT, TAPI.....


Setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat.. tetapi masih ramai manusia 
yang masih tidak sedar serta mengendahkannya dan terus mabuk dalam dunia
kedurjanaan tanpa perasaan menyesal walau sedikitpun.. tetapi Allah Maha 
Pengasih lagi Maha Penyayang.. apabila Allah ingin memberi hidayah kepada
hambaNya, tiada satu tangan pun yang dapat menghalangNya.. timbul banyak
persoalan dan halangan yang sering diutarakan oleh mereka yang ingin kembali
ke pangkal jalan..

Firman Allah, ..... Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai
 orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur : ayat 31)

*"Aku nak bertaubat TAPI dosa aku terlalu banyak.. tidak ada satu pun dosa, 
perbuatan buruk dan kejahatan yang tidak pernah aku buat.. sudi ke Allah
maafkan segala yang telah aku lakukan selama ini? sudi ke Allah terima
taubat aku ini?"

Allah berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad) : "wahai hamba-hambaKu
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-
perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana
sesungguhnya Allah mangampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. dan kembalilah kamu
kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat 
kepadaNya sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak
akan diberikan pertolongan.." (Surah Az-Zumar : ayat 53-54)


*"Aku nak bertaubat TAPI ramai kawan-kawan lama aku yang jahat 
sentiasa mengintip ke mana sahaja aku pergi.. sebaik sahaja mereka
mendapati aku berubah, mereka akan menyerang aku dan aku berasa
sangat lemah untuk melawan mereka semula.. apa yang patut aku
buat?"

Hadapilah semua itu dengan penuh rasa sabar.. ini adalah salah satu
ujian Allah untuk menguji keikhlasan hambaNya yang ingin bertaubat
agar kita dapat membezakan kebenaran daripada pendustaan, 
kebaikan daripada kejahatan.. semoga darjat kita terus terangkat
dengan perjuangan ini..

Apabila kamu mengambil langkah pertama ke arah jalan yang benar,
teguhlah berdiri dan jangan mudah goyah.. ini semua adalah usaha
musuh-musuh kita yang sentiasa mencuba untuk mengajak kita
menjadi sahabat mereka dan menemani mereka di neraka nanti..
hiraukan mereka dan jangan sampai kamu terjerumus semula 
ke lembah kebinasaan..

Firman Allah, Katakanlah (wahai Muhammad) : "aku berlindung kepada
Allah, pemelihara sekalian manusia.. yang menguasai sekalian manusia.. 
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.. dari kejahatan
pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.. yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati menusia.. iaitu (pembisik dan
penghasut) dari kalangan jin dan manusia.." (Surah An-Nas : ayat 1-6)

Adakah Tuhan kamu yang perlu diikuti dan ditaati atau manusia ini
yang mengajak ke arah kejahatan? jangan menjual redha Allah 
semata-mata untuk membeli redha manusia.. kamu sepatutnya sudah 
arif bahawa mereka ini akan sentiasa mengejar kamu dan akan
menggunakan apa jua cara untuk membawa kamu kembali ke dunia 
dosa.. mereka akan sentiasa mengingatkan kamu tentang masa 
lalu kamu dan menampakkan masa itu sebagai sesuatu yang menarik
dan menyeronokkan.. sentiasalah berwaspada andai benar kamu 
ingin bertaubat..

Allah berfirman, Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya
janji Allah itu benar dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini
apa yang engkau sampaikan menjadikan engkau resah gelisah.. 
(Surah Ar-Rum : ayat 60)


*"Aku nak bertaubat TAPI kawan-kawan aku mengugut akan
membongkar masa silam aku dan akan menyebarkan rahsia dosa aku 
kepada semua orang.. mereka ada gambar-gambar dan lain-lain yang 
boleh digunakan untuk menjatuhkan aku.. aku risau dengan reputasi
aku dan aku takut.."

Bangkit dan lawanlah mereka.. kamu sepatutnya sedar bahawa jika
kamu cuba menenangkan mereka dan menuruti segala permintaan
mereka, ia hanya akan memberi mereka lebih bukti dan peluang
untuk menentang kebaikan kamu dan kamu akan kalah dengan
mudah.. jangan memberikan perhatian kepada mereka dan mintalah
pada Yang-Esa.. jangan mudah kalah dengan serangan psikologi
kotor mereka.. ingatlah bahawa disebalik kesusahan, ada
kesenangan dan disebalik gelita, ada cahaya..

*"Aku telah lakukan banyak dosa dan telah bertaubat, TAPI dosa-
dosa aku yang telah lalu mengejar aku semula dan aku dihantui
oleh segala yang telah aku lakukan.. memori hitam aku sentiasa 
mengganggu tidur aku dan aku tidak boleh rehat dengan tenang..
macam mana aku hendak bebas dari semua ini?"

Perasaan ini sebenarnya adalah bukti keikhlasan kamu dalam
bertaubat.. ini adalah penyesalan dan penyesalan adalah taubat..
lihatlah masa lalu tersebut sebagai pengajaran dan pengharapan
agar Allah akan mengampuni dosa-dosa lalu kita.. jangan sesekali
berputus asa dengan rahmat dan belas kasihan daripada Allah..

Firman Allah, Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat 
Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.. (Surah Al-Hijr :
ayat 56)


Dalam proses menuju Allah, mereka yang bertaubat akan sentiasa
diselubungi dengan perasaan takut kepada Allah dan mengharapkan
kasihan daripada Allah.. jika seseorang itu berdosa dan perasaan 
takut kepada Allah mengatasi segalanya, maka dia akan bertaubat..
apabila dia bertaubat, pengharapan kepada Allah akan memenuhi
hati dan dia akan sentiasa mencari pengampunan daripada Allah..

Kadang kala Allah sengaja memberikan ujian kepada manusia kerana
Dia rindu akan rintihan hambaNya itu.. kerana sudah menjadi fitrah 
manusia, mereka akan kembali kepada Allah dan mengingatiNya
apabila mereka berada dalam kesusahan.. hidayah Allah itu adalah 
hakNya.. Allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang 
dikehendakiNya dengan apa jua cara sekalipun.. jadi bertaubatlah
sebelum terlambat.. pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita
dan jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah..

4 comments:

  1. Hati kecil sy juga Ingin bertaubat..
    ingin berubah..
    tpi apakan daya, godaan nya terlalau bnayak..
    aku akan cuba, dan terus mencoba untuk sujud padamu Ya Allah...

    ReplyDelete
  2. Trima kasih banyak sudah mngingatkan,,,

    ReplyDelete
  3. sya juga ingin berubah..tpi sya tkot sbb sllu di ugut skiranya tdak ikot ckpnya dya nk bka kisah silam sya...

    ReplyDelete
  4. sy nak brtaubat ..nak sgt2.. tp ..mnusia ..kdg2 iman naik dan kdg2 trun ..xthu mcam mna nak kwal sume tu .. dah cuba byk cara ..bila terlalai .. allah berikan segalanya serba ckup ..buat sy lupe .. buat sy ingkar skali lg ..dan sy mnyesal ..brjnji pd diri ..xkan ulangi ksilapan yg sama .. tp still,. sy ulangi sume tu ..bgimana dgn taubat sy ..msihkah boleh dterima ..trkadang ..trfikir gk .. sudikah Allah terima taubat dr org mcm sy ..sy ingkar, mungkir pd janji sy sndiri .. xtao mcm mne nak tetapkan iman dlm hati ..cubaan ..dugaan ..sume tu mnjdi pghalang ..

    ReplyDelete